ALOR SETAR 22 Feb. - Dadah disyaki jenis syabu seberat 90 kilogram bernilai RM6.3 juta berjaya dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menerusi tiga serbuan di Changlun dan Padang Besar, Perlis, Ahad lepas.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, rampasan dadah itu berikutan penahanan tiga lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 37 tahun dalam serbuan yang dijalankan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting).
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.