KUALA LUMPUR 19 Jan. - Polis telah merakam percakapan beberapa saksi berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa di sini, Sabtu lepas.
Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial berikutan memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya tanpa belas kasihan selama beberapa minit.
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.