Jufferi hampiri gelaran hatrik

2018-07-11 0

BALI 7 Dis. - Peluang untuk Mohd. Al Jufferi Jamari mencipta sejarah dengan muncul juara dunia tiga kali menerusi Kejohanan Pencak Silat Dunia terbuka luas apabila mara ke final selepas menumbangkan pesilat tuan rumah Komang Harik Adi Putra 5-0 di separuh akhir Kelas Putra E hari ini.

Menceritakan detik mendebarkan sebelum berdepan pesilat dari Bali itu, Olahragawan Negara 2015 itu berkata, bacaan denyutan nadinya tiba-tiba tinggi ekoran perlu berdepan serangan psikologi penyokong Indonesia yang memenuhi setiap ruang di Gelanggang Olahraga Lila Bhuana, Denpasar di sini.

“Degupan jantung saya mencecah 120 per minit sebelum berlawan. Bagi saya, mungkin sukar juga nak menang sebab kena berdepan anak jati Bali."

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.