TAIPING 15 Nov. - Seorang wanita terpaksa mengheret anak saudaranya iaitu orang kurang upaya (OKU) apabila rumah mereka di Kampung Simpang Halt di sini dinaiki airnya, petang semalam.
Siti Aisyah Juraimi, 50, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana air naik dengan begitu pantas dan dia amat risaukan keselamatan anak saudaranya itu, Haslinda Hassan, 38.
Siti Aisyah berkata, dia bernasib baik apabila jiran-jiran berhampiran kemudiannya turut membantu untuk memindahkan Haslinda.
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.