SHAH ALAM 28 Sept. - Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model Saga terbaharunya hari ini.
Saga baharu itu merupakan generasi ketiga daripada model pertama yang diperkenalkan di pasaran pada 1985.
Majlis pelancaran model baharu yang mempunyai tiga varian itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad merangkap Pengerusi Bukan Eksekutif Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar. - UTUSAN ONLINE