Tiga penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Mambau, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, suspek yang dikesan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, diarahkan menyerah diri.