KUALA KRAU 8 Ogos - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Begitulah keadaan seorang lelaki warga emas, Mat Yusof Abdul Rahman, 64, yang tinggal sebatang kara sebuah rumah di Kampung Tanjung Pandan di sini.
Melihat keadaan rumah dan tempat tinggal warga emas yang mengalami masalah 'lembam' itu sememangnya amat menyedihkan kerana ia sama sekali tidak layak didiami oleh manusia terutama sekali di zaman yang serba moden ini.
Tinjauan Utusan Malaysia di rumahnya yang terletak di tepi jalan di sini mendapati kawasan sekeliling rumah dipenuhi semak samun dan hanya mempunyai lorong laluan berjalan kaki untuk ke rumah itu seakan-akan tinggal di dalam hutan.
Berita lanjut di www.utusan.com.my