KOTA BHARU 21 Ogos - Tiga lagi kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri ini termasuk seorang jurutera ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kuasa, rasuah serta pengubahan wang haram.
Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri mengeluarkan perintah reman tersebut terhadap suspek yang berusia antara 30 dan 50 tahun itu bermula hari ini sehingga
28 Ogos depan.