Shahrizat sampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 100 kakitangan IJN

2018-07-11 2

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 100 pegawai dan kakitangan Institut Jantung Negara (IJN).

"Sumbangan tersebut sebagai persiapan Aidilfitri dan tanda keprihatinan serta terima kasih YKN atas jasa dan pengorbanan semua kakitangan IJN yang akan bertugas pada musim cuti Hari Raya nanti," katanya di sini.

Shahrizat turut memuji IJN yang mengekalkan prestasi kerja yang sangat cemerlang dalam bidang perubatan walaupun sudah berusia lebih 20 tahun.

"YKN berasa bersyukur dan bertuah kerana tahun ini adalah tahun kelima dapat memberikan sumbangan Aidilfitri kepada kakitangan IJN," kata beliau.

Selain IJN, YKN juga menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada para kakitangan Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. - UTUSAN ONLINE