KUALA LUMPUR - Kaya dengan pengalaman, penyanyi Zainal Abidin ada formulanya yang tersendiri dalam mendidik dan membentuk Farah Nadeera Zaini, 22, untuk menjadi seorang penghibur.
Tidak sukar bagi mentor itu untuk menyuntik elemen didikan ke dalam diri Nadeera yang ternyata mendengar kata dan sedia menerima teguran tanpa terselit rasa tidak puas hati terhadap gurunya itu.
Formula yang diguna pakai oleh Zainal Abidin cukup mudah; agama dan kekeluargaan.
Selain daripada mahu Nadeera mampu berdiri di atas kakinya sendiri, Zainal juga mahu anak didiknya itu tampil sebagai Nadeera, bukan bayangan kepada penyanyi-penyanyi wanita sedia ada.
- UTUSAN ONLINE