JIKA dahulu, peminat hobi selam skuba hanya dapat membeli keperluan dan alatan selam skuba mereka dari Singapura.
Ini berikutan di Malaysia, peralatan bagi hobi berkenaan amat kurang dan sukar diperoleh.
Atas desakan itu, Ekspo Antarabangsa Selam Skuba (MIDE) difikirkan jalan terbaik untuk memberi peluang hobi ini berkembang.
Bermula dengan kira-kira 40 pempamer di Berjaya Times Square 10 tahun lepas, kini MIDE semakin dikenali dan menjadi tumpuan bukan hanya pempamer tempatan malah ia turut menarik agensi dalam kalangan pempamer antarabangsa.
Menjadikan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai lokasi pameran selepas Berjaya Times Square, kini ia bukan hanya menarik pengunjung untuk mendapatkan peralatan selam skuba baharu tetapi sebagai lokasi perjumpaan bagi peminat hobi berkenaan selan menjadi tumpuan agensi selam skuba memperkenalkan program kursus selam skuba kepada mereka yang berminat untuk menyertai hobi ini.