KUALA LUMPUR 24 Jun - Sempena bulan Ramadan, Petronas Dagangan Berhad mengedarkan 1,300 paket bubur lambuk kepada pengunjung dan masyarakat yang tinggal berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru di sini.
Pengurus Besar LPG Business, Petronas Dagangan, Nik Faizanira Nik Affandi berkata, program mengedar bubur lambuk adalah acara tahunan Petronas Dagangan Berhad setiap kali bulan Ramadan.
"Sudah 13 tahun kita mengadakan program seumpama ini dan ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial pihak kami kepada orang ramai, " katanya.
Beliau berkata, pihaknya menaja gas memasak untuk 15 buah kawah bubur lambuk yang dimasak sendiri oleh kakitangan Petronas Dagangan Berhad.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut menyediakan cenderahati berupa topi dan apron berlogokan Gas Petronas.
"Cenderahati ini juga kita bagi bersama-sama dengan bubur lambuk, "katanya. - UTUSAN ONLINE