Terima kasih Utusan-Sultan Nazrin

2018-07-11 5

KUALA KANGSAR 5 Mei - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini perkenan untuk melawat Pusat Media Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Sultan Nazrin yang tiba pada pukul 3 petang diberi taklimat oleh Jabatan Penerangan mengenai liputan media berkaitan istiadat pertabalan yang bakal berlangsung esok. Baginda yang turut singgah ke booth Utusan Online dan diberi penerangan oleh Penolong Pengarang Berita, Mohd. Hazli Hassan, berterima kasih kepada Utusan kerana memberi liputan yang luas.

"Saya tahu bahawa Utusan sentiasa memberi liputan yang luas. "Saya berterima kasihlah Utusan beri liputan yang bagus," titah baginda ringkas. Baginda turut menurunkan tandatangan di buku nota para wartawan Utusan apabila diminta. Sultan Nazrin yang dikenali sebagai raja yang dekat dengan rakyat turut melayani permintaan media untuk bergambar termasuk 'selfie'. Tanpa sebarang protokol, baginda sentiasa mengekalkan senyuman walaupun selepas berpuluh pengamal media meminta untuk mengambil gambar secara 'selfie'.

Untuk rekod sebanyak 470 pengamal media daripada 45 agensi termasuk media antarabangsa membuat liputan Pertabalan Sultan Perak ke-35. - UTUSANONLINE

Free Traffic Exchange