Program selam skuba SIT 2012

2018-07-11 1

'Start in Tioman' (SIT) atau dalam bahasa Malaysia 'Mula Di Tioman' merupakan satu usaha daripada Kementerian Pelancongan, Kerajaan Negeri Pahang, persatuan penyelam skuba dan juga pengusaha selam skuba Pulau Tioman mempromosikan pulau bebas cukai tersebut menjadi lokasi awal untuk menceburi hobi selam skuba.
Selain itu, ia juga mampu mempromosikan Pulau Tioman sebagai destinasi selam skuba yang turut menggalakkan peserta memulihara alam marin agar terjaga dan tidak dirosakkan.
SIT diwujudkan bagi membolehkan mereka yang ingin menceburi hobi ini menyertainya dengan kemudahan 'One Stop Center' di Pulau Tioman dan mereka juga boleh kembali ke pulau itu untuk terus melakukan aktiviti selam skuba ekoran Tioman merupakan antara destinasi 'mesti lawat' bagi penyelam skuba disebabkan keindahan dan kelestarian alam marin yang masih utuh di sini.

Free Traffic Exchange