Sebelum Syed Saddiq, Zambry pun pernah dikritik kutip sampah

2018-07-09 1,669

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memuji tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang mengutip sampah selepas perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Di Twitternya, tindakan Syed Saddiq itu adalah sikap baik yang boleh dicontohi untuk negara yang bersih.

Zambry sebelum ini pernah didikutuk kerana mengutip sampah bersama pekerja Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) atas dakwaan cuba meraih sublisiti politik murahan. Namun, bekas menteri besar itu bertegas beliau mahu mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan.

Syed Saddiq memuat-naikkan gambar beliau mengutip sampah di tempat duduk penonton selepas perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu lalu menulis dirinya “pantang kalau nampak orang buang sampah merata-rata”.

Namun seperti tindakan Zambry yang pernah melakukan perkara yang sama, Syed Saddiq juga tidak terkecuali daripada warga maya yang menuduhnya mahu mencuri publisiti murahan.