Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan para pentadbir dan penjawat awam untuk tidak menggunakan kuasa yang diberi demi kepentingan peribadi, keluarga atau sahabat handai.
Berucap ketika perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Putra, beliau berkata penting untuk setiap penjawat awam mengamalkan nilai murni dalam menjalankan tugas mereka.
Menurut perdana menteri walaupun Malaysia tidak mampu menjadi negara maju menjelang 2020 seperti yang dicita-citakannya, namun negara masih mampu mencapai status tersebut kerana rakyat negara ini mempunyai kebolehan.