Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan keluarga Datuk Seri Najib Razak bahawa pembekuan akaun bank mereka adalah tindakan balas dendam.
Katanya, jika keluarga bekas perdana menteri itu percaya apa yang dilakukan terhadap mereka adalah salah, maka mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.