Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berharap proses keadilan dalam kes mahkamah yang dihadapinya akan benar-benar adil dan menikut 'rule of law'.
Kata Najib, beliau reda sekiranya ini harga yang terpaksa dibayar selepas 42 tahun berkhidmat.
Najib juga yakin ini adalah peluang terbaik untuk membersihkan namanya.
Beliau berkata demikian pada pemberita selepas diikat jamin sebanyak RM1 juta oleh mahkamah.