Tiada tindakan pada Taib Mahmud? Ini jawab SPRM

2018-07-03 3

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menjelaskan tiada tindakan dikenakan terhadap Tun Taib Mahmud disebabkan beliau tidak membuat keputusan dan tidak mempengerusikan mesyuarat ketika menjadi ketua menteri Sarawak.

Walaupun tidak menafikan sesetengah dakwaan itu betul, namun kata Mohd Shukri, tidak ada satu kes pun yang Taib membuat keputusan dalam mesyuarat.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.