'Bijan' antara beg yang dirampas polis

2018-06-27 1

Nilai barang mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak boleh cecah RM1.1 bilion, kata pegawai kanan polis hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata nilai rampasan itu dianggarkan RM900 juta hingga RM1.1 billion mengikut harga pasaran.

Selain RM116.7 juta wang tunai terdiri daripada 26 jenis mata wang yang dirampas, sebanyak 12,000 barang kemas, 567 beg tangan, 423 utas jam tangan, 234 cermin mata turut dirampas.

Amar Singh berkata bagi beg tangan pula, ia terdiri daripada 37 jenama terkemuka antaranya Bijan, Hermes, Prada dan Chanel.