Nilai rampasan cecah RM1.1b - Polis

2018-06-27 1

Nilai barang rampasan dalam siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 billion, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Katanya rampasan itu melibatkan penggeledahan di enam premis milik Najib dan dua anaknya di Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Mei lalu.

Beliau berkata lapan pasukan khas ditubuhkan melibatkan 150 anggota dan beberapa pakar barangan berjenama yang mengambil masa 36 hari untuk mengira nilai 12,000 jenis barangan kemas dari dalam 25 beg daripada 72 beg yang dirampas.

Menurutnya proses pengiraan nilai barang rampasan terpaksa mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan beberapa pakar barang kemas dan pakar barang berjenama.