Mustahil kerajaan Kedah menerima calon luar yang bukannya ADUN seperti dicadangkan PAS sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perkara itu ditegaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas taklimat anggota wakil rakyat di Parlimen hari ini.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN, di mana PH memenangi 18 kerusi, manakala PAS (15 kerusi) dan Barisan Nasional (3 kerusi).