Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan temujanji bagi membincangkan penyelesaian isu perumahan keluarga B40 di Cameron Highland, Pahang.
Memorandum itu diserahkan Ahli Jawatankuasa PSM, Peter Mariasoosai dan Nalliannan Palanisamy di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 10.40 pagi.
Bagaimanapun, Mahathir diwakili oleh pegawai yayasan tersebut untuk menerima memorandum itu.