Beberapa jam selepas selamat melahirkan puteri sulungnya, Penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi sedutan video lagu 'Comel Pipi Merah'.
Video berdurasi 1 minit itu dimuat naik pada sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.
Umum mengetahui Siti telah menciptakan lagu istimewa buat puterinya itu sejak bulan Disember tahun lalu.
'Comel Pipi Merah' diambil sebagai tajuk lagu yang dinyanyikan Siti sejak Januari lalu yang juga telah memulakan pengambaran untuk video klip lagu ini.
Dalam perkembangan terbaru Siti dikhabarkan telah mula menyusukan anaknya dan nama Fatimah Az-Zahra dipilih sebagai panggilan sementara untuk puteri sulungnya itu.
Siti selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada jam 8.17 pagi tadi.