Nazri berang, ajak 'Raja Gula' balik M'sia tanding PRU14

2018-02-26 17,802

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mencabar orang paling kaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ia ekoran dakwaan artikel penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menuduh hartawan itu menyumbang dana kepada DAP dalam usaha parti itu menewaskan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Nazri menyifatkan Kuok sebagai seorang yang pengecut kerana tidak berani bersemuka melawan BN.

Free Traffic Exchange