'Kembalikan wang saya! Rakyat susah cari duit!'

2018-02-19 27,489

Pengusaha First Travel, Andika Surachman dan isterinya yang juga pereka fesyen, Aniesa Hasibuan, didakwa atas tuduhan penipuan dan penyalahgunaan wang pakej umrah milik 63,310 jemaah yang menggunakan perkhidmatan syarikat itu di Indonesia.

Memetik agensi berita tempatan, jemaah-jemaah tersebut dijanjikan keberangkatan jadual penerbangan umrah mereka pada November 2016 hingga Mei 2017, namun saat yang dinantikan tidak kunjung tiba.

Mereka berasa ditipu setelah gagal menuntut kembali bayaran penuh yang telah dilunaskan kepada pihak syarikat terbabit, bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Free Traffic Exchange