Akhirnya gol itu berlaku, penyerang asal Uruguay, Edison Cavani telah menobatkan nama sebagai penjaring terbanyak kelab mewah Paris Saint-Germain (PSG) pada Sabtu lalu.
Ketika aksi bertemu Montpellier, Cavani meledak gol awal pada minit ke-11 yang merupakan jaringan ke-157 di PSG.
Jaringan itu diraikan Cavani dengan menanggalkan baju dan melempar ke arah penyokong PSG.
Penyerang berusia 30 tahun itu menyertai PSG daripada Napoli pada bulan Julai 2013 dengan perpindahan yang bernilai hampir €64 juta.