Seorang isteri berusia 20 tahun ditahan polis kerana menjual suaminya di Facebook untuk layanan seks di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia pada Isnin lalu.
Memetik TransTV Surabaya, jurucakap polis Surabaya, Rudi Setiawan berkata kegiatan wanita itu terbongkar selepas pasangan itu ditangkap ketika menunggu pelanggan di hotel.
Katanya, isterinya itu menawarkan suaminya dengan harga Rp500,000 (RM147) kepada mana-mana lelaki yang berminat.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu yang mengaku sudah menjual suaminya sebanyak tiga kali kepada lelaki lain, juga kadangkala melayan pelanggan bersama suaminya.
Selain mengiklankan tawaran seks dirinya atau suaminya di Facebook, Wanita berkenaan juga mengaku dia melakukan perbuatan itu hanya kerana wang.