Insiden Ronaldo berlumuran darah, pinjam 'phone' lihat luka

2018-01-22 3,645

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan agak serius selepas menjaringkan gol kedua peribadi dan ke enam buat pasukannya awal pagi tadi.

Ronaldo berjaya menanduk bola untuk gol tetapi terpaksa bertembung dengan kaki pertahanan Fabian Schaer.

Pemain Deportivo La Coruna itu mengasak Ronaldo yang menanduk bola lintang hantaran Lucas Vazquez pada minit ke-84.

Akibatnya kepala Ronaldo luka dan darah berlumuran di bahagian kepala serta bajunya.

Selepas insiden itu ketika berjalan keluar pemain yang terkenal sangat menjaga penampilan itu sempat meminjam 'phone' pegawai perubatan untuk memerika keadaan lukanya.

Free Traffic Exchange