Aksi penuh dramatik, Malaysia tewas pada Korea Selatan 1-2

2018-01-20 6,930

Malaysia yang memburu kemenangan di separuh masa kedua dalam aksi suku akhir Kejohanan AFC U23 2018 di Stadium Kunshan, China tidak kesampaian apabila pemain Korea Selatan, Han Seung-gyu menjaringkan gol minit akhir (85') dengan gerakan yang menarik.

Terdahulu, Cho Jae-Wan mencipta sejarah perlawanan kejohanan apabila menjaringkan gol terpantas hanya 15 saat sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil.

Pada aksi separuh masa kedua, N.Thanabalan menyamakan kedudukan dengan tandukan gol.

Ini bermakna Korea Selatan akan bertemu Uzbekistan dalam perlawanan separuh akhir.