DAP menyifatkan PAS kini menyimpang dari landasan sebenar dan kelihatan menjadi ‘pembangkang olok-olok’ kerana memihak kepada Umno.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata demikian mengulas tindakan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mengumumkan beliau keluar daripada PAS semalam.
“Dia keluar PAS untuk sertai pembangkang,sungguhpun keluar PAS dia masih dalam perjuangan pembangkang untuk gulingkan BN.
“Jelas di sini bahawa Mahfuz nak pastikan bahawa ada satu pakatan pembangkang yang kuat untuk lawan BN kerana perjuangan PAS sudah nampaknya dari segi politik, perjuangan politik PAS sudah sesat itulah sebabnya. (PAS) sesat sampai dipuji oleh Umno,”katanya.
Semalam Mahfuz mengambil keputusan untuk keluar dari PAS pada jam 11.59 malam bersama isteri dan anak-anaknya.