JDT bakal sambar Shahrel Fikri dan Adib Zainudin?

2017-12-27 2

Juara Liga Super empat tahun berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dilihat begitu serius menjalani latihan dengan skuad 'baru' 2018.

JDT bakal beraksi awal untuk kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 23 Januari tahun hadapan menentang Muangthong United.

Kini JDT telah hampir melengkapkan perpindahan pemain mereka di mana kemasukan semula penjaring terbanyak Liga Super 2016, Jorge Jorge Pereyra Díaz dan Luciano Figueroa untuk bahagian serangan.

Pemain baru La' Vere Corbin-Ong berdarah kacukan Malaysia-Barbados dibawa masuk dari Belanda dan terbaru Bruno Gabriel Soares. Kedua mereka bermain di bahagian pertahanan.

Pemain tempatan baru adalah 'ubi' muda Adam Nor Azlin, Mohamed Syamer Bin Kutty Abba serta Shafiq Ahmad yang mana masing-masing adalah dari skuad Bawah 23 tahun negara (B-23).

Laporan media mendedahkan spekulasi bahawa JDT bakal menandatangani dua lagi pemain iaitu kapten B-23 Adib Zainudin serta penyerang terbaik ABK 2017 Muhd. Shahrel Fikri Fauzi

Free Traffic Exchange