Lori terbalik, PLUS 'banjir jagung'

2017-12-08 1

Sebuah lori membawa muatan bijirin jagung terbalik di Kilometer (KM) 454.4 menuju ke utara selepas melanggar penghadang jalan sebelum terbakar.

Kejadian itu menyebabkan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara mengalami sesak teruk akibat 'banjir jagung'.

Kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang semalam dan jalan sesak sepanjang tiga kilometer selama sejam.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya mengambil masa kurang setengah jam untuk memadam kebakaran dan membersihkan laluan berkenaan.

Pemandu lori itu hanya cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut

Free Traffic Exchange