Promosi tambang istimewa syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia kembali lagi.
Kali ini, AirAsia menawarkan tiga juta promosi tempat duduk ke lebih 20 negara di seluruh asia dan Australia bermula 19 hingga 25 Okt.
AirAsia dalam satu kenyataan di sini hari ini, tambang istimewa itu disasar untuk memacu perjalanan domestik dan antarabangsa dalam lingkungan rangkaian serantau yang meluas bagi kumpulan penerbangan AirAsia dan AirAsia X.