Dipenjara kerana ugut serang abang

2017-12-06 0

Seorang kelindan lori dipenjara lima hari dan denda RM2 ribu oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana melakukan ugutan untuk menyerang abang kandung sendiri. K Logeswaran, 33 tahun membuat pengakuan bersalah sejurus selepas kertas pertuduhan dibaca.