Projek kondominium jejas pelajar SMKA Maahad Hamidiah?

2017-12-06 6

Keselamatan lebih seribu pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Kajang dikatakan bakal terancam berikutan pelaksanaan projek kondominium mewah the lourve di hadapan sekolah berkenaan.

Projek tersebut dikatakan mengganggu laluan tunggal keluar masuk ke sekolah itu, sehingga boleh menyebabkan kesesakan dan kemungkinan berlakunya kemalangan.