Minggu Fesyen Malaysia (MFW) 2015 memberi fokus kepada golongan belia dengan pelbagai program yang melibatkan pelajar dalam bidang fesyen dan pereka fesyen muda.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Matrade dan Pengerusi MFW 2015, Datuk Dzulkifli Mahmud, sektor fesyen di Malaysia semakin berkembang dan MFW merupakan sebuah inisiatif untuk mendedahkan sektor fesyen Malaysia ke persada antarabangsa.
Wartawan Pritha Manivannan ada laporan lanjut.