Enam suspek direman tiga hari kes kebocoran gas klorin
2017-12-06 4
Enam individu direman tiga hari bagi membantu siasatan kes kebocoran gas klorin di kampung Tambak Paya, Melaka Khamis lalu. Ia melibatkan tiga suspek yang ditahan pada Isnin dan lanjutan reman untuk tiga suspek yang ditahan sejak Sabtu.