Dua guru lelaki bebas tuduhan miliki kertas UPSR

2017-12-06 1

Mahkamah Sesyen Seremban melepas dan membebaskan dua guru lelaki daripada pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, tahun lepas. Hakim Datuk Jagjit Singh membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes Prima Facie terhadap L.Subbarau Alias Kamalanathan, 35 tahun dan P. Murugan, 37 tahun.