Kenderaan salah guna laluan khas basikal

2017-12-06 1

Semalam, kami mendedahkan laluan basikal pertama di kuala lumpur disalah guna untuk meletak kenderaan, sehari selepas ia dilancarkan. Hari ini, kami meninjau sekali lagi ke laluan basikal sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley Bangsar yang dikhaskan untuk penungang basikal. Pemerhatian hari ini mendapati, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan di laluan basikal itu. Ikuti tinjauan oleh wartawan pelatih Huzaifah Abd Jamil.