Kabinet belum bincang dan putuskan kenaikan tol

2017-12-06 0

Kabinet belum membincangkan, mahupun membuat keputusan mengenai isu kenaikan kadar tol sehingga kini.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, berdasarkan kepada perjanjian konsesi, sebanyak lapan lebuh raya tersenarai layak untuk menerima kenaikan kadar tol tahun depan.