Selangor sedia peruntukan RM80 juta atasi banjir

2017-12-06 0

Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan sebanyak 80 juta ringgit tahun depan bagi mengatasi masalah banjir kilat di negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan itu adalah bagi pembinaan kolam tadahan dan benteng penghadang banjir di sekitar Shah Alam.