Seperti yang didedahkan bekas kontraktor CIA, Edward Snowden isu pengintipan siber kini merupakan ancaman utama kepada dunia. Terbaru sebuah syarikat keselamatan internet Fire Eye yang berpangkalan di Amerika Syarikat membongkar aktiviti kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Apt Thirty. Malaysia merupakan salah satu daripada tujuh negara yang menjadi sasaran kumpulan penggodam itu.