Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik TPPA bakal memberi kelebihan perdagangan kepada produk komoditi Malaysia berbanding negara asing di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata analisis menunjukkan negara tersebut tidak akan menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh negara TPPA terhadap Malaysia.