Indonesia memohon bantuan luar menangani kebakaran selepas usaha negara itu memadam kebakaran dan operasi pembenihan awan tidak berhasil.
Rayuan itu dibuat selepas lebih 22,000 anggota keselamatan dan 24 pesawat digerakkan bagi memadamkan kebakaran sehingga mengakibatkan jerebu yang menjejaskan kualiti udara negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura.