Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan 10 juta ringgit kepada kerajaan Sabah untuk kerja baik pulih Taman Kinabalu yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi yang melanda Ranau, Jumaat lalu.
Pemulihan taman itu adalah penting kerana ia merupakan tapak warisan negara dan juga dunia.
Ia juga sebagai tanda sokongan kerajaan pusat dalam kerja-kerja pemulihan akibat kerosakan gempa bumi.