1MDB adakan pertemuan dengan Tun Mahathir

2017-12-06 0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lembaga pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta Ketua Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menerangkan mengenai syarikat tersebut. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata beliau tidak pernah menjelaskan secara langsung mengenai 1MDB kepada Dr Mahathir kerana urusan tersebut tidak dibangkitkan secara terus oleh bekas perdana menteri itu kepadanya.