Ubat tidak dikenakan GST

2017-12-06 0

Rakyat bakal menikmati pengurangan kos perubatan terutama di hospital swasta apabila hampir kesemua ubat-ubatan bakal dikecualikan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pengumuman yang dibuat dalam pembentangan Bajet 2016 itu selaras dengan hasrat kementerian kesihatan.