Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa majikan sektor swasta agar menimbang pemberian cuti bergaji kepada pekerja yang menjadi mangsa banjir sehingga keadaan pulih. Langkah itu sekurang-kurangnya diharap dapat membantu meringankan kesulitan yang dialami pekerja terbabit.