Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menimbang menyelaras umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya kepada 60 tahun berbanding 55 tahun. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata ia bagi menangani isu segelintir masyarakat yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.